1. Bagaimana cara untuk hubungi kami?
2. Bagaimana cara menjemput pihak kartunis sama ada melukis karikatur secara langsung, bermotivasi. dan sesi coaching/training ke majlis yang di anjurkan oleh pihak sekolah, pihak universiti dan pihak awam?
  • Emailkan surat rasmi jemputan ke program yang dianjurkan oleh pihak anda kepada rockkitosia@gmail.com .
  • Untuk mengetahui kartunis mempunyai masa atau tidak, bagaimana cara pembayaran, sebut harga untuk menjemput kartunis dan lain-lain pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi/whatsapp kartunis di talian 017-4665347.
  • Pembayaran boleh dilakukan sama ada secara deposit/transfer dan by hand.
3. Bagaimana mahu membuat pembayaran membeli produk-produk hasil karya kartunis?
  1. copy code produk/perkhidmatan ke dalam borang tempahan dan isi maklumat peribadi seperti yang diminta berserta bukti pembayaran.
  2. Hantar permintaan anda itu ke alamat email rockkitosia@gmail.com berserta lampiran borang tempahan dan pembelian produk.
  3. Email anda akan dilayan dalam masa berapa jam. Jika anda bernasib baik, email akan dibalas dalam masa beberapa second sahaja. Untuk mempercepatkan urusan, mohon anda whatsapp kartunis menyuruh beliau lihat kandungan email.
  4. Jika ianya adalah tempahan illustrasi, grafik dan video. Hasil karya anda akan siap dalam masa seminggu atau dua minggu bergantung kepada pelanggan yang membuat tempahan dahulu. Jika terlalu ramai pelanggan membuat tempahan. Maka ia akan berlanjutan sehingga sebulan bergantung kepada kerumitan hasil karya tersebut. Untuk memotong barisan, anda perlu membayar cas tambahan RM10 kerana perkhidmatan anda diutamakan dahulu.
  5. Jika tempahan anda adalah produk fizikal, anda hanya perlu menunggu dua atau tiga hari sahaja proses penghantaran bergantung kepada pihak pos laju. Cas postage tidak akan dikenakan ke atas pelanggan jika anda membuat pembelian sebanyak RM50 dan keatas.
  6. Jika ada kerosakan terhadap produk melibatkan kesalahan daripada kartunis sendiri, mohon anda beritahu kepada kartunis untuk pertukaran. Anda hanya perlu menghantar semula produk yang rosak itu kepada kartunis dengan pos biasa. Kartunis akan menhantar produk yang terbaik kepada anda semula melalui pos biasa.
4. Saya tidak pandai melukis, tetapi nak berguru dengan kartunis KiTO. Bagaimanakah caranya untuk belajar dan menerima khidmat nasihat terus dengan kartunis?
  • Kito sudah menurunkan ilmu-ilmu asas secara percuma di link TIPS. Segala ilmu mohon di praktikkan seperti yang telah di ajarkan di dalam video.
  • Untuk dapat khidmat nasihat dan kritikan adalah percuma dan tidak perlu bayar apa-apa daripada kartunis. Kartunis akan berusaha memberi bimbingan kepada anda untuk menjadi terbaik.
  • Jika anda bernasib baik dan berjaya memikat hati kartunis, beliau kemungkinan akan menurunkan ilmu-ilmu advance dan rahsia kepada anda. Bukan calang-calang akan dapat belajar ilmu rahsia dan advance tersebut.
5. Jika pihak anda ingin membuat temujanji untuk bertemu kartunis untuk sesi rakaman video, sesi temubual, atau mengeteh sambil berkongsi ilmu kebatinan. Pada hari apakah kartunis senang untuk ditemuramah? Dimanakah tempat yang mudah untuk kartunis datang?
  • Sabtu dan Ahad adalah hari di mana kartunis cuti dari bekerja seperti masyarakat lain.
  • Tempat yang mudah untuk kartunis datang adalah kawasan Selangor iaitu Shah Alam, Bangi, Kajang, dan Klang. Kawasan Kuala Lumpur, seluruh kawasan Kuala Lumpur. Kawasan Kedah Sungai Petani, dan Alor Setaq. Atau dimana ada kemahuan, di situ ada highway.
  • Berikan sahaja cordinate untuk kartunis mudah sampai ke destinasi menggunakan gps.
6. Adakah kartunis mempunyai fanpage untuk kami mengetahui perkembangan terkini?
  • Instagram- Update tetang aktiviti lakaran, inking, warna dan juga iklan produk terkini.
  • Facebook Page - Update tentang link ke capaian posting blog terkini.
  • Deviantart - Update tentang hasil karya painting terbaik.
  • Youtube - Update tentang pelbagai aktiviti, tutorial, hiburan dan iklan.
7. Bolehkah kami menggunakan hasil karya yang ada di dalam blog ini untuk tujuan mempromosi karya kartunis? Adakah syarat-syarat tertentu yang mesti dan wajib kami sebagai peminat dan media harus ikut?
  • Segala penulisan, karya, produk, pandangan ilmiah, ilmu pengetahuan yang di kongsi di dalam blog ini adalah 96% hak milik kartunis dan 4% lagi adalah sumber rujukan daripada blog-blog lain.
  • Segala hasil karya pemilik blog tidak boleh sama sekali di copy, ditiru. di buat hak milik peribadi/syarikat, menciplak stroke, di buat jual, di simpan dalam folder peribadi melainkan yang dibenarkan, dan yang melibatkan anda akan mendapat keuntungan daripada hasil karya kartunis adalah tidak dibenar sama sekali membuat ia menjadi hak anda.
  • Jika anda di dapati melanggar mana-mana peraturan dan syarat-syarat kartunis, atau rakan artist memberitahu bahawa anda menciplak hak cipta kartunis. Anda akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut kesalahan yang dilakukan.
  • Jika anda ingin berkongsi kepada rakan-rakan anda, artikel yang ditulis anda rasa patut untuk di kongsikan di mana-mana. Anda harus meletakkan ayat "Sumber daripada : link artikel tersebut."
  • Tidak dibenarkan patern lukisan kartunis sebagai hak anda!
8. Bagaimanakah cara untuk menunjukkan rasa sokongan padu anda sebagai peminat kartunis demi memberi sinar dan harapan kepada pelukis untuk meneruskan perjuangan di dalam gelanggang pekartunan ini?
  • Dengan klik butang Like untuk memberi sokongan padu kepada KiTo.
  • Menjadi "Follower" blogspot KiTo yang setia.
  • Mengikuti perkembangan terkini di Instagram KiTo.
  • Jadi rakan di Deviantart.
  • Menempah,membeli dan menghargai produk komik KiTo.
  • Mengiklankan atau berkongsi tips dan motivasi yang berilmiah kepada rakan-rakan.
  • Menjemput KiTo memeriahkan suasana Majlis anda dengan melukis Karikatur.
  • Memberi komentar , kritikan dan pendapat pada komen di Blog atau facebook atau Instagram.
9. Saya ingin menjadi rakan di facebook kartunis, bolehkah saya tahu facebook peribadi kartunis. Sebab saya minat kartunis, bukan kartun dia. 
  • Untuk pengetahuan peminat sekalian, untuk melepasi saringan penerimaan anda sebagai rakan kartunis tidaklah semudah yang di imaginasikan. Mohon maaf kerana facebook peribadi kartunis hanya menerima rakan-rakan karyawan, rakan sepejabat, rakan sekolah dan ahli keluarga sahaja. Untuk mengetahui updated terkini hanya perlu Like Kitosia Studios.
10. Adakah kartunis masih single? Apakah status kartunis sekarang? (Erk, soalan macam ni pun ada?)
  • Single but not available. Thank you!
  • Dalam perancangan ke arah kebahagiaan, mungkin tahun depan 2016, Insya-Allah dengan izin-Nya. Semoga dipermudahkan jalan.
Jika ada sebarang persoalan, bolehlah dikemukakan di ruangan komentar. dan soalan anda akan ditambah di dalam posting ini mengikut kesesuaian. Terima kasih kerana sudi membaca soalan lazim yang panjang lebar ini. Semoga dipermudahkan segala. Amiiinnnn

0 Komentar Berani: