04 March 2010

Bakat Kartun Merdeka 2010

      Assalamualaikum, selamat datang ke halaman rasmi blog saya, semoga anda sentiasa senang dan lapang untuk membaca sedikit artikel pendek saya untuk kali ini. Ini adalah salah satu pencapaian saya ketika tahun 2010 yang lalu. Mungkin ramai yang tidak tahu, kali ini saya ingin beritahulah buat para peminat sekalian.

       Sebenarnya suatu ketika dahulu saya amat meminati melukis kartun berbentuk Editorial satira sindiran sinis. Ini adalah permulaan saya dikenali sebagai pelapis Kartunis Muda ketika saya baru tengah menghadapi ujian besar iaitu Peperiksaan SPM 2010 yang lalu di tingkatan 5. Ketika itu saya sangat muda dan berumur 17 tahun ketika itu.

        Inilah permulaan karier saya sebagai Kartunis Blogger dimana saya memenangi tempat Ke-3 dalam pertandingan Bakat Melukis Kartun Merdeka 2010. Masa tu hadiah yang di tawarkan adalah RM800 untuk tempat ke-tiga. Alhamdulillah sekeping karya yang di bayar dengan harga kemenangan sangat berbaloi kerana ia mengangkat saya ke arena sebenar di dalam industri kartun tanah air yang tercinta.

       Ini adalah postingan juri professional saya ketika itu, dia juga merangkap sifu ambe ketika ambe di tingkatan 3 lagi. Dia juga banyak mengajar dan mengkritik lukisan saya secara awam di dalam komentar blogger. Banyak juga ilmu yang saya ambil daripada tok guru yang satu ini. Terima kasih kerana mengambil saya sebagai anak murid.

       Ketika itu adalah moment yang sangat dinantikan saya untuk naik ke pentas bergambar beramai-ramai, tetapi apakan daya ketika itu saya tengah menghadapi ujian besar iaitu peperiksaan SPM 2010. Rasanya ketika itu peperiksaan mata matapelajaran Sejarah. Alhamdulillah, terima kasih atas kemenangan yang dikurniakan.


0 Comment: