Kartunis KiToSia
~Dari Meja Kartunis~
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger, peminat, keluarga dan rakan-rakan artis sekalian. Terima kasih sebab sudi bertandang ke blog rasmi Ki To yang tak seberapa ini. Terlebih dahulu Ki To ingin memperkenalkan diri ini. Ki To atau nama panjangnya Ki To Sia, atau nama mengikut IC ialah Mohd Fikri Bin Azman, 22 tahun (2015). Berasal daripada Kedah. Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah maksud nama Ki To Sia? Secara ringkasnya 'KIT'a 'O'rang malay'SIA', untuk memudahkan lagi maksud Ki To itu sendiri adalah "KITA". Nama samaran ni KITO guna sejak dari darjah 4 lagi. Sampai sekarang kawan-kawan memanggil nama samaran tersebut bagai tidak boleh dipisahkan lagi.
(Tempat Ke-3 Pertandingan Bakat Seni Kartun Merdeka- (Klik Disini Untuk Review)
Ada sejarah dan secret code disebalik nama ini, Namun KiTo terpaksa merahsiakan "SECRET CODE" dan menerangkan "SEJARAHNYA" bermula. Pada suatu ketika dahulu, di dalam kereta bersama keluarga KiTo berumur 5 tahun dan adik perempuan berumur 4 tahun. Ki To cuba membahasakan diri kepada adik "AKU", Lantas emak memarahi KiTo jangan gunakan "AKU", tak baik. Nanti dosa masuk neraka. Maka sejak dari itulah sehinggalah kini kito membahasakan diri KITO atau ORANG. Disebabkan AKU terlalu kurang ajar untuk berbicara. Sehingga kini, Kito sukar untuk menyebut perkataan aku. Apabila ingin membahasakan aku, KiTo merasakan kekok dan sukar untuk mengeluarkan perkataan tersebut. The End.
(Dari Kiri Imran, Kartunis Gayour, Faizal Mukhtar, Kartunis Sireh, Kartunis Aie dan Kito di Majlis Hari Raya Pekomik)
Cita-cita pertama Kito pada masa kecil dahulu ialah ingin menjadi ahli bomba. Namun impian tersebut berubah sejak darjah empat lagi. Impian untuk menjadi Kartunis Malaysia dan terkenal membuak-buak sehingga KiTo memulakan usaha memperbaiki kemahiran melukis dan juga mempelbagaikan kemahiran. Sehinggalah tertubuhnya blog peribadi di mana KiTo berkongsi karya-karya dan dikritik oleh kartunis lagenda tanah air iaitu Sifu Gayour (Cikgu Bimbingan & Kaunseling) , Kalamtimur (Cikgu Warna Digital), Cronstudio (Cikgu Penasihat), Niezam Comic (Cikgu Digital & Stroke), Rabun Mata (Cikgu Penasihat) dan Rio Rashid (Cikgu Selok Belok Industri). di situlah titik permulaan KiTo mendapat bimbingan daripada kartunis Malaysia yang menjadi idolanya.
(Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia 2012 Pasar Seni)
Sehinggalah suatu hari, KiTo masuk Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia yang telah diiklankan di facebook pada tahun 2012 yang lalu. Semangat untuk menang berkobar-kobar menelefon Kartunis Nayan untuk menghantar penyertaan. KiTo memberitahu kepada emak dan ayah bahawa ingin ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib. Ya, nasib menyebelahi KiTo apabila nama KiTo telah di panggil untuk naik keatas pentas. Tidak dapat gambarkan impian semasa kecil lalu terlintas ketika ribuan flash kamera menyambar atas kemenangan itu. Menjadi harapan mak dan ayah untuk melihat anaknya menang. Itulah hadiah yang dapat KiTo hadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk meyakinkan bahawa bidang Kartun ini mampu menyara hidup. Kini mereka tidak lagi merasakan bidang yang KiTo pilih itu adalah sia-sia.
Selepas daripada kemenangan itu, KiTo telah disunting oleh menjadi Editor di Majalah Komik Niaga pada tahun 2012-2013 dan menjadi kartunis di Majalah Fuyyoo! pada tahun 2013 yang lalu. Kini KiTo bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan syarikat penerbitan majalah. Juga melakukan aktiviti berblogger untuk kelangsungan hidup sebagai kartunis. KiTo masih mendalami dan belajar ilmu tentang kartun bersama-sama rakan-rakan artist yang lain.
(Sebuah Karya Loose Part yang bertajuk Fussy-Bila salah seorang buat kecoh)
Ki To amat meminati karya yang berkonsepkan "emolism". Kartun yang diterapkan di dalam karya banyak mengaplikasikan seni-seni yang ditonjolkan oleh budaya EMO. Bukan kerana KiTo ini suka budaya EMO, tetapi seninya memberi pengaruh yang kuat untuk saya ketengahkan dan memberi sedikit kelainan dalam persembahan kepada peminat kartun KiTo. Prinsip yang KiTo pegang selama ini semasa bekarya ialah "Cartoon is My Heart, Comic is My Mind, Story is My Life". KiTo suka bercerita, suka konsep penceritaan ala-ala cerita barat yang banyak ditonjolkan di filem, sebagai contoh cerita 3D yang dihasilkan oleh Dreamwork Studios. Suka menerapkan unsur-unsur misteri, seram, percintaan, serta sinis.
Akhir kata, terima kasih KiTo ucapkan kerana sudi membaca posting blog ini. Setiap orang mempunyai sejarah tersendiri, sejarah mengajar dan memberi anda ilham bagaimana untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga bertemu lagi kita di posting seterusnya. Bye-bye!
Anugerah Kemenangan
- Johan pertandingan melukis poster (menengah atas) sempena program pendidikan pencegahan dadah peringkat sekolah.(19 mac 2009)
- Naib Johan (kategori kain rentang kerjaya sekolah menengah)Pertandingan Karnival Kaunseling Kerjaya,Sekolah-sekolah Daerah Kuala Muda/Yan (26 April)
- Tempat ke-5 Pertandingan Lukisan sempena Kem Kecemerlangan Geografi anjuran JBTN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEDAH dengan kerjasama JABATAN PELAJARAN DAERAH KUALA MUDA/YAN (27 JUN 2009)
- Pemenang ke-3 Kategori 18tahun kebawah pertandingan (1 Malaysia Menjana Tranformasi) BAKAT SENI KARTUN MERDEKA 2010 anjuran Kementerian Penerangan,Komunikasi,dan kebudayaan/ Balai Seni Lukis Negara.Dengan Kerjasama Arkib Negara Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia,Gempak starz dan G3.
"Dari Mana Kita Bermula? Itulah Cara Untuk Mengembalikan Zaman Kegemilangan Kita Suatu Ketika Dahulu."






