07 July 2015

Mengapa Kita perlu bekerja?

     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, diharap hari anda lebih bermanfaat apabila anda mula membaca tajuk artikel pada Minggu ini. Mengapa kita diwajibkan bekerja? Kerja ialah satu perbuatan yang menggunakan tulang empat kerat dan kudrat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Pekerjaan yang baik akan mendapat redho daripada Allah. Allah akan mempermudahkan segala urusan hidup jika kita bekerja dengan ikhlas.

     Apa jua pekerjaan di dunia ini adalah kurniaan daripada Allah S.W.T kepada kita. Sebagai seorang hamba, kita perlu bekerja demi mencapai keredhoanNya. Apakah manfaat yang kita dapat daripada bekerja ialah dapat membantu diri kita untuk menyara kehidupan. Apabila kita dewasa, kita tidak lagi perlu bergantung hidup dengan wang dari hasil titik peluh ayah dan ibu kita. Tiba masanya kita merasai sendiri penat lelah kedua-dua ibu dan bapa kita mencari rezeki kepada kita ketika masih kanak-kanak. Begitulah perasaan yang di hadapai oleh kedua-dua orang tua kita.

    Selain itu, bekerja dapat membantu sektor-sektor tertentu memajukan syarikat untuk menjanakan ekonomi negara. Sebagai pekerja, anda sebenarnya ialah orang yang amat penting bagi suatu organisasi. Tanpa anda, suatu organisasi tidak akan berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung, anda membantu syarikat mendapat keuntungan lalu syarikat pula membantu anda mencapai kehendak anda. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Rata-rata masyarakat sangat memilih pekerjaan. Ada yang ingin bekerja dengan gaji yang tinggi dan juga ada yang tidak kisah akan gajinya.Bergantung kepada individu yang menetapkan sasaran impian mereka.

     Bekerja juga dapat memenuhi masa-masa kita daripada melakukan perkara yang tidak baik. Allah mewujudkan sesuatu perkara itu sudah tentu mempunyai hikmah dan kebaikan. Manusia yang mempuyai akal yang waras akan cuba sedaya upaya berusaha mencapai redho Allah.

     Kesimpulannya, semua jenis pekerjaan adalah sama dan fungsinya adalah untuk membantu masyarakat meneruskan kesinambungan hidup. Tiada kerja yang di dunia kita tidak mampu lakukan. Jika ada perasaan ingin bekerja, sudah pasti segalanya tidak mustahil untuk kita gapai. Bekerja perlu mempunyai perasaan ingin lakukan yang terbaik. Allah akan mengurniakan rezeki kepada hambanya yang berusaha menunjukkan prestasi yang baik di dalam pekerjaan.

0 Comment: