(Video 3D Animasi The Karma 2014)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua peminat dan pembaca sekalian, sudah tonton video ini? Kalau belum apa tunggu lagi, marilah tonton sekarang! Hehehe.. Mesti anda terkejut akan kemahiran baharu yang KiTo miliki ini, betul tak? Ya KiTo telah pun menambah satu lagi kemahiran di dalam inventori Kemahiran Menghasilkan Kartun 3D. Pada 1 Januari 2014 yang lalu, KiTo telah mendaftar diri sebagai pelatih GIATMARA KOTARAJA selama 6 bulan. Ya dari 1 Januari 2014 sehingga lah 31 Jun 2014, KiTo bertapa mempelajari ilmu-ilmu baharu daripada guru.
Yelah KiTo ni mana sambung belajar selepas tamat SPM pada tahun 2010 yang lalu, terus je keluar cari kerja. Akhirnya atas desakan dan paksaan sahabat serumah di Ibu Kota Kuala Lumpur, emak dan ayah serta cinta hati KiTo. KiTo dengan rela hati menyambung pelajaran KiTo ke GIATMARA KOTA RAJA di seksyen 27. Dengan berhutang pak saudara dan juga menggunakan sedikit duit gaji yang berbaki ketika bekerja di Komik Niaga suatu ketika dahulu.
KiTo hanya berserah kepada Allah S.W.T untuk membantu KiTo untuk survive di Shah Alam pula. Memang keluarga tidak mampu untuk tanggung KiTo untuk segalanya. Berbekal duit alaun RM200 setiap bulan, rezeki yang diberi oleh cikgu dan rakan-rakan, duit dari hasil job sampingan melalui online. KiTo berjaya survive dan selalunya tidak cukup. Mujurlah ada seseorang yang baik hati membantu KiTo di ketika susah. Atas bantuan dia juga KiTo mampu untuk survive. Dialah wira kepada KiTo secara peribadi. Siapakah dia itu rahsia.

(Video Sneak Peak The Karma 100% KiTo hasilkan)
Alhamdulillah, daripada itu hidup KiTo mulai berubah. Ya, berubah kerana berjaya merealisasikan impian emak untuk melihat anaknya menyambung pelajaran. KiTo sangat puas kerana satu-satu insan yang selalu berdoa kepada KiTo berasa puas. Emaklah yang banyak memberi sokongan dari segi doa dan nasihat untuk kuatkan semangat. Nak bagi duit, mereka tidak mampu untuk membantu. Kini KiTo mampu untuk memberi mereka duit atas tindakan KiTo tersebut.
Last but not least, KiTo ingin menasihatkan kepada adik-adik KiTo di luar sana. Jika hari-hari yang adik lalui sangat sukar dan penuh cabaran. Setiap malam baringlah di atas katil dan lihat apakah kesalahan kita yang membuat kita mendapat bala itu. Nilailah diri adik sendiri dan berusahalah mengubah masa hadapan. Kalau ikutkan abang KiTo ni, sebenarnya tidak mahu sambung belajar dah. Tapi KiTo fikir, apa salah kita cuba, mahu tengok nasib KiTo berubah ke tak kalau buat macam ni. Akhirnya masa hadapan KiTo telah berubah dan kini KiTo memiliki apa yang KiTo inginkan suatu ketika dahulu dan ia telah menjadi kenyataan satu persatu. Terima Kasih kerana sudi menjengok KiTo. Adiasu!

0 Comment:
Post a Comment