31 August 2015

KiTo berucap di GIATMARA


     Assalamualaikum, satu-persatu impian KiTo menjadi kenyataan. Dulu di dalam kepala otak KiTo selalu berimaginasi berucap di hadapan orang ramai. Timbul perasaan ingin mencuba pernah juga KiTo ambil kesempatan pada tahun 2013 yang lalu, apabila sesi coacing bos KiTo belum bermula. Masa tu waktu baru lepas habis rehat. Jadi bos KiTo masih lambat masuk, melihat semua penuntut sedang bersembang. Lalu KiTo cuba mengangkat microphone.

     Masa tu, dari keadaan bising, tiba-tiba sunyi. Menanti KiTo untuk buat ucapan, lalu KiTo berbicara pada mereka tentang Impian. Ramai antara mereka tidak punya impian. Mereka tidak pernah capai impian mereka. Lalu KiTo cubalah menerangkan kepada mereka bahawa impian itu adalah apa yang kita sedang fikir sekarang untuk menghadapi masa hadapan. Tiba-tiba bos pun datang dan sesi sembang dengan diorang pun jadi terbantut. Ketaq bukan nak kata aiihh, memang seram sebab mencuba jadi berani. Hahaha

     Hari-demi hari berlalu, sehinggalah suatu keajaiban berlaku dalam hidup ini. Apabila dijemput oleh pihak GIATMARA untuk berucap berkenaan Majalah KiTo Isu 1 iaitu Rahsia Mudah Dapat Kerja. Bertepatan dengan sesi perkenalan orang-orang yang telah berjaya di GIATMARA. KiTo terasa teruja belum belajar di sini, tiba-tiba mereka mengiktirafkan akan kejayaan KiTo dalam bidang KiTo. KiTo diberi tanggungjawab untuk membuka minda para pelatih yang masih tiada pengalaman dan masih mudah remaja dalam menerangkan mereka bahawa impian itu ialah apa yang kita fikirkan.

     Yeah, perlahan-lahan KiTo rasa semakin berani untuk berucap, sehingga ayat pada mulanya gagap untuk menyebut perkataan. Tetiba di pertengahan KiTo bercakap secara spontan bagaikan magic macam mana boleh jadi seorang genius. Hahaha. Begitu seronok menjadi seorang yang bekerja semata-mata bermain dengan air liur jer. Itu impian KiTo seterusnya ke tahap cikgu atau motivator. Insya Allah kalau ada rezeki. Mohon segalanya dipermudahkan. Jumpa lagi di isu yang lain plak. Adiasu!


0 Comment: