Assalamualaikum, dan salamsejahtera keatas kalian semua, terima kasihlah sebab sudi datang jejalan ke melawat blog Kito ye, heh. Tengah malam ini KiTo ingin memberi anda sedikit tips kepada anda, terutamanya bagi beginer artist ler yang minat nak lukis tapi tak tau macam mana nak mula melukis. Ya sememangnya tutorial ini percuma untuk di tonton, tak gaduh nak kena bayar. Janji anda sendiri faham bagaimana sesuatu lukisan itu terhasil.
Ya, bukan kerana bakat semula jadi, tetapi minat dan kehendak kita yang membuak-buak untuk melukis itu penyumbang usaha untuk kita pandai melukis. Melukis ini sebenarnya mudah sangat jika anda mempunyai minat. Bukan masalah kita tidak pandai melukis tetapi masalah kita tidak tahu apa yang kita ingin lukiskan. Bagaimana untuk memulakan sebuah karya? Kacang peas ja tu, anda hanya perlu Imaginasi sahaja apa yang anda ingin lukiskan. Jika tak mampu imaginasi, anda perlu bermain dengan perasaan ketika melukis. Daripada perasaan itulah anda akan tau apa yang anda ingin lukis.
Dari perasaan seperti sedih, cinta, atau gembira mulalah melakar contengan anda sendiri untuk memuaskan hati anda. Anda harus melayan karenah otak anda dan luahkan dalam bentuk lukisan apa yang anda ingin lakarkan. Rata-rata otak pelukis ini serabut dan kerja stress sahaja memanjang, sebab itu mereka melukis untuk menghilangkan stress dan melupakan masalah yang mereka hadapi. Kalau tak percaya melukis ini adalah menggunakan emosi anda. Mengapa kita melukis lukisan atau cerita yang berkaitan emosi? Ya itulah tips tambahan saya ingin kongsikan iaitu menggunakan Imaginasi dan emosi.
Okaylah, cukup sampai sini saja kot tips KiTo ingin kongsikan. Nantikan update posting seterusnya ya! Adiasu!

0 Comment:
Post a Comment